PELANCARAN PELAN PENGURUSAN PENGHAPUSAN HIDROKLOROFLUOROKARBON (HCFC) PERINGKAT III (HPMP III)
Sambutan Hari Ozon Sedunia 2024 Peringkat Kebangsaan telah diadakan di International Greentech & Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM), KLCC. Tema bagi sambutan tahun ini ialah “Montreal Protocol: Advancing Climate Action”, yang menekankan komitmen parti-parti di bawah Protokol Montreal dalam melindungi lapisan ozon dan memperhebatkan usaha menangani isu perubahan iklim.